News_archive

Malaysia Mahu Bukti Konkrit Hasrat Amerika Dekati Dunia Islam

By Wednesday June 10th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ingin menjalin hubungan lebih rapat dengan dunia Islam, apa yang penting sekarang adalah tindakan konkrit Washington untuk merealisikan hasrat itu.

“Saya rasa ucapan beliau (kepada dunia Islam) baik tetapi apa yang penting adalah mengisi ucapan itu dengan tindakan yang konkrit. Malaysia sedia bekerjasama dengan Amerika untuk mencapai hasrat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar setelah diminta mengulas ucapan Obama di Kaherah minggu lepas apabila pemimpin Amerika Syarikat itu meminta satu permulaan baru antara negara-negara Islam dan Amerika.

Presiden Amerika Syarikat itu juga telah memuji Malaysia sebagai sebuah negara contoh Islam yang dapat membangun secara aman.

“Saya telah membaca dan mengikuti ucapan itu dan ucapan itu membuka satu hasrat baru Amerika Syarikat untuk membetulkan segala kepincangan yang telah berlaku antara dunia Islam dan Barat,” kata Najib.

Sumber : Bernama

Leave a Reply