News_archive

Malaysia derma RM2.85j

By Tuesday June 16th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR 16 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan cek RM2.85 juta (500,000 pound sterling) kepada Setiausaha Agung Komanwel, Kamalesh Sharma bagi mengisi tabung biasiswa Komanwel.

Derma daripada kerajaan Malaysia itu adalah bukti komitmen negara ini untuk turut sama membantu pertubuhan itu memberikan pendidikan terbaik dan berkualiti dalam kalangan negara anggota.

Ia disampaikan sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Sumbangan tersebut adalah tambahan daripada jumlah sedia ada yang berjaya dikumpulkan setakat ini iaitu sebanyak RM9.2 juta (1.6 juta pound sterling).

Sementara itu, Kamalesh dalam ucapannya berkata, tabung biasiswa serta program felo yang telah diwujudkan sejak 50 tahun lalu telah memberi manfaat kepada 25,000 pelajar dari seluruh negara Komanwel.

“Inilah antara bentuk sumbangan daripada pihak Komanwel kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply