BlogDeepavali

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2014

By Sunday November 2nd, 2014 No Comments

Konsep kebersatuan dalam kepelbagaian di Malaysia yang telah disemai sejak sekian lama tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang amat istimewa.

Pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2014 di Melaka semalam, saya menyatakan bahawa Kerajaan pusat akan meneruskan usaha memastikan masyarakat India akan maju seiring dengan kaum lain di Malaysia.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah membentuk jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal India yang saya sendiri pengerusikan. Malah, dalam Bajet 2015, saya turut mengumumkan beberapa inisiatif khas untuk kaum India antaranya pinjaman TEKUN berjumlah RM50 juta, skim pembangunan usahawan masyarakat India dan pinjaman mikro kredit sebanyak RM30 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga menyediakan skim usahawan wanita India, peruntukan RM30 juta untuk latihan belia India dan RM50 juta untuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah aliran Tamil.

Inisiatif ini telah diambil Kerajaan bagi menerapkan dan mengukuhkan lagi semangat ‘nambikei’ dalam proses Malaysia menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Sekiranya kita kekal bersatu padu bersama-sama, tiada sebab mengapa semua rakyat Malaysia tidak boleh mengecapi kemakmuran dan keharmonian di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

INSTAGRAM deepavali_resized

NR (1)_resized

Leave a Reply