Majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang saya…

By Saturday August 13th, 2016 No Comments

Majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang saya hadiri tadi agak berbeza kerana diadakan juga jamuan untuk rakyat berbilang kaum dengan bertemakan Sehati Sejiwa.

UMNO jemput orang Cina, orang India, orang Asli semua datang ke jamuan bersama-sama dan ini bukti muafakat sesama kita. Ini menunjukkan juga bahawa UMNO dan Barisan Nasional di Jelebu ini mempunyai sifat keterbukaan, kekuatan dan kelebihannya.

Kalau ini gambarannya, ditambah dengan kesetiaan serta usaha ahli-ahli parti, saya yakin rakyat Jelebu dan Negeri Sembilan akan terus memberi mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional, Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153697230325952/

Leave a Reply