Blog

Majlis Penyerahan Kunci Replika PR1MA Presint 11 Putrajaya

By Saturday March 7th, 2015 No Comments

Sempat bersembang dengan beberapa orang penerima Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Presint 11 hari ini. Saya difahamkan salah seorang daripada mereka berniaga di pasar malam dan kini menyewa tetapi rumah sewanya itu dilanda ribut dan bocor baru-baru ini. Insya-Allah, rumah PR1MA ini kelak akan bawa kepada kehidupan lebih selesa buat beliau dan keluarga serta para penerima lain juga.

Dalam Bajet 2015, saya telah mengumumkan sasaran membina 80,000 unit rumah mampu milik dengan peruntukan sebanyak RM 1.3 bilion. Alhamdulillah, hari ini saya telah menyampaikan replika kunci kepada para penerima rumah-rumah mampu milik berkualiti tinggi binaan PR1MA yang pertama siap di Presint 11 Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan akan berusaha sedaya upaya membantu rakyat mencapai impian memiliki rumah sendiri, dan Alhamdulillah hari ini janji itu telah ditunaikan. Saya turut sambut baik cadangan untuk lebih banyak lagi rumah mampu milik dibina di Putrajaya dan juga di seluruh negara.

Kepada yang masih belum memohon untuk PR1MA, saya harap dapat segera sampaikan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my. Insya-Allah sekiranya ada rezeki melalui PR1MA, anda berupaya memiliki rumah idaman pada harga mampu milik.

IMG_8626

IMG_8622

IMG_8621

Leave a Reply