Blog

Majlis Pengumuman Pelaburan ECER Suku Keempat 2014

By Tuesday November 18th, 2014 No Comments

Selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pelaburan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), saya telah meluangkan masa untuk mempengerusikan Mesyuarat Kedua ECERDC 2014 sebelum menghadiri majlis pengumuman pelaburan ECER Suku Keempat 2014 di Putrajaya, semalam. Dalam majlis tersebut, ECERDC juga telah mengumumkan bahawa ECER berjaya mendapat komitmen daripada 16 syarikat untuk pelaburan baru berjumlah RM3.57 bilion pada suku keempat tahun ini. Ini meletakkan ECER pada landasan tepat untuk mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM110 bilion pada tahun 2020. Jumlah pelaburan keseluruhan sejak 2007 hingga kini berjumlah RM72.26 bilion dan telah mewujudkan sebanyak 73,281 peluang pekerjaan.

Bertitik-tolak daripada itu, saya gembira untuk menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian usaha sama bagi Skim Keusahawanan ECER-Maybank di mana melalui skim tersebut, peruntukan sebanyak RM110 juta disediakan bagi manfaat 2,000 usahawan kecil dan sederhana juga usahawan mikro di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor menjelang akhir tahun 2015. Usaha sama ini juga akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan bermula tahun depan dan akan memanfaatkan 6,000 usahawan ECER menjelang tahun 2020.

ECER 1

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Leave a Reply