Blog

Majlis Penghargaan Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia

By Tuesday January 19th, 2016 No Comments

Alhamdulillah, hari ini saya dapat bertemu dan memberi penghargaan kepada para penyelidik dari universiti-universiti seluruh negara yang memberi komitmen tinggi ke atas usaha kajian Indeks Syariah Malaysia, indeks sepertinya yang pertama di dunia.

Salah seorang penyelidik Indeks Syariah Malaysia yang saya temui hari ini adalah Prof Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Saya dimaklumkan beliau dan pasukan beliau berusaha keras melengkapkan kajian dengan melakukan kaji selidik kepada ribuan responden bagi memastikan Indeks Syariah Malaysia ini boleh diangkat ke arena antarabangsa sebagai penanda aras kemajuan sesebuah negara Islam.

Terima kasih saya ucapkan kepada Prof dan juga para penyelidik lain. Usaha ini adalah sebentuk amal jariah, dan saya doakan semoga ia dikurniakan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT, Insya-Allah.

Insya-Allah, sama-sama kita usaha tingkatkan status Malaysia sebagai negara Islam contoh di mata dunia.

syariah1

syariah2

Leave a Reply