Blog

Majlis Pelancaran Dana Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji

By Thursday April 2nd, 2015 No Comments

Dalam ucapan saya ketika melancarkan Dana Pelaburan Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji tengah hari tadi, saya sekali lagi menekankan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan Kerajaan komited dalam pelaksanaannya.

Justeru, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Tabung Haji atas inisiatif menubuhkan Dana Al-Ansar berjumlah RM200 juta. Dana Bumiputera Al-Ansar ini adalah Restricted Investment Account (RIA) pertama di Malaysia dengan pembiayaan kredit antara RM50 ribu hingga RM1 juta yang akan disalurkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad sebagai agen pengurus dana.

Saya yakin usaha murni ini akan dapat sambutan menggalakkan dan mampu untuk bukan sahaja bantu membangunkan usahawan Bumiputera Islam, tetapi juga membolehkan mereka keluar dari takuk sedia ada ke tahap dan peringkat yang lebih tinggi.

Saya harap juga GLC-GLC lain akan dapat mengikuti jejak langkah Lembaga Tabung Haji dalam menyahut seruan Kerajaan dalam agenda membangunkan dan memperkasakan usahawan Bumiputera melalui penubuhan dana sebegini yang memberi manfaat besar kepada usahawan-usahawan serta syarikat Bumiputera.

fb 1

fb 2

Leave a Reply