Blog

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

By Wednesday July 1st, 2015 No Comments

Semalam saya menyaksikan meterainya perjanjian bersejarah pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd.

Sebagaimana Lebuhraya Utara Selatan, PLUS, membuka pelbagai peluang pembangunan dan menambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, begitu juga Lebuhraya Pan Borneo nanti kelak.

Kita akan dapat merealisasikan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sarawak dan seterusnya bertemu dengan bahagian lebuhraya di Sabah.

Saya yakin projek ini akan menjadi pemangkin yang akan mentransformasikan kehidupan saudara kita di Sarawak dan mengubah lanskap Bumi Kenyalang, seterusnya membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di sana.

Impian saya untuk melihat pembangunan sama rata dan pengurangan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin menjadi kenyataan.

Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan projek ini bersama.

AhDWYuJXNNWCG7vRewWY-v8bhF4wH3hlAm2FWp093yRr

Ahb_NLphiBzUuO295bWLzX3gBHyDOw31yB0dc0g7o19Y

Leave a Reply