Blog

Majlis Anugerah Dakwah Negara

By Saturday March 7th, 2015 No Comments

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Dalam ucapan saya di Majlis Anugerah Dakwah Negara semalam, saya telah menyatakan sekali lagi bahawa kepentingan dan keutamaan dalam kesatuan dan perpaduan umat amat jelas apabila Allah SWT melarang kita berpecah belah serta menekankan pentingnya persaudaraan dalam Islam, selain perlunya kita meneladani junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan kepimpinan Baginda dalam mentadbir Madinah yang mempunyai umat majmuk, tidak jauh berbeza dengan kemajmukan umat di Malaysia kini.

Pada majlis sama, saya telah menyampaikan, antara lain, Anugerah Pendakwah Negara kepada Presiden Malaysian Relief Agency (MRA) Datuk Dr Abdul Razak Kechik serta Anugerah Pendakwah Wanita kepada Prof Dr Muhaya, Pengarah Pusat Lasik Mata Hospital Prince Court. Kerja-kerja dakwah mereka serta ramai lagi yang dirai dalam majlis ini harus dicontohi dan menjadi pemangkin kepada usaha mengembangkan serta memperlihatkan ajaran Islam yang sebenar.

IMG_8589

IMG_8590

IMG_8591

IMG_8592

Leave a Reply