Mahathir dalam perbahasan parlimen pagi tadi kata: “Sebenarnya kita tidak…

By Thursday November 12th, 2020 No Comments

Mahathir dalam perbahasan parlimen pagi tadi kata:

“Sebenarnya kita tidak perlu belanjawan yang sebegini besar. Dalam krisis, yang kita hadapi sekarang “Cash bukan lagi King”. Walaupun pakar budaya ini memberi nasihat kepada Kerajaan, ingatlah apa sudah jadi kepada penasihat ini.”

“Biasanya di penghujung ucapan belanjawan akan disebut cukai yang akan diperkenal untuk membiayai sebahagian dari kos belanjawan. Tetapi kali ini tidak ada cukai baru yang akan dipikul oleh rakyat. Dalam masa wabak COVID-19 ekonomi sudah merosot teruk. Tentulah pendapatan Kerajaan juga merosot. Belanjawan ini tentulah alami defisit. Tetapi Kerajaan seolah tidak ambil berat defisit ini.”

Pendapat Mahathir ialah pendekatan “ikat perut, jangan harap duit percuma, perkenalkan cukai baru dan kurangkan perbelanjaan kerajaan (walaupun jumlah perbelanjaan masa PH naik mencanak dan defisit dinaikkan)” adalah pendekatan paling tepat untuk melawan krisis Covid.

Mujurlah kerajaan PH Plus tumbang dengan sendirinya bulan Februari lalu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157485377670952/

Leave a Reply