Blog

MAHA 2014

By Saturday November 22nd, 2014 No Comments

Saya meluangkan masa tengahari Sabtu dengan mengunjungi majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agrikultur (MAHA 2014) di Serdang. Dalam ucapan perasmian, saya telah mengingatkan kepada yang hadir bahawa masyarakat umum kini memandang pertanian sebagai sebuah bidang yang kotor dan berpendapatan rendah. ini bukan lagi sebuah persepsi tetapi adalah realiti sekiranya kita tidak menggunakan teknologi dan sekiranya kita tidak menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan.

Sejajar dengan itu, saya menyampaikan saranan kepada para petani untuk menggunakan teknologi moden dan jadi sebahagian daripada rantaian bekalan makanan global supaya bidang pertanian mencapai potensinya yang amat besar. Juga, seandainya teknologi baru ini berani diguna pakai oleh para petani, ia dapat meningkatkan hasil, seterusnya memastikan negara mempunyai bekalan makanan mencukupi dan kualiti produk yang dipasarkan terjamin.

MAHA 2014
MAHA 2014
MAHA 2014
MAHA 2014

Leave a Reply