Macam mana kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt boleh tukar menjadi…

By Saturday June 19th, 2021 No Comments

Macam mana kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt boleh tukar menjadi trend menaik sepanjang minggu setelah seluruh negara dikenakan Total Lockdown 18 hari dahulu serta PKP 3.0 sejak 40 hari dahulu?

Selain kadar kebolehjangkitan, kadar positif Covid serta jumlah kes harian juga dalam trend menaik.

18 Jun: (semalam) 82,969 saringan, 6,440 kes (7.8%)
17 Jun: 82,369 saringan, 5,738 kes (7.0%)
16 Jun: 84,866 saringan, 5,150 kes (6.1%)
15 Jun: 77,065 saringan, 5,419 kes (7.0%)
14 Jun: 70,044 saringan, 4,949 kes (7.1%)

Selain itu, jumlah kluster baharu dikesan setiap hari tetap tinggi.

Semalam: 23 kluster baharu, 17 babit tempat kerja.
Hari sebelum itu: 25 kluster baharu, 20 babit tempat kerja.

Pemerintah sedar ke angka-angka ini ataupun masih syiok sendiri dengan retorik mereka bahawa darurat telah berjaya atau kerajaan tak gagal kawal Covid?

Jadi, adakah Fasa 1 Total Lockdown bakal dilanjut buat kali kedua?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157960829405952/

Leave a Reply