“Lim mengulas kenyataan Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan…

By Tuesday June 23rd, 2020 No Comments

“Lim mengulas kenyataan Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan menyiasat Lim, bekas menteri kewangan, kerana menambah RM140 bilion dalam hutang negara dan penjualan beberapa aset negara.”

Ya, hutang tambah RM140 bilion dan banyak aset negara dijual dalam tempoh 22 bulan PH.

Saya baca komen penyokong PH semalam yang tuduh saya menipu bahawa Gagalkrasi PH telah naikkan hutang negara dengan amat laju.

Sebenarnya, Guan Eng sendiri tak nafi hutang negara naik dengan tinggi dan banyak aset-aset negara telah dijual.

Macam mana dia nak nafi? Rekod-rekod semua ada dalam data-data BNM dan Perbendaharaan Negara.

Guan Eng cuma kata PM8 juga perlu bertanggung jawab kerana PM8 merupakan ahli kabinet PH masa itu (tapi PM8 tak jaga kewangan masa itu! Guan Eng bersama PM7 yang jaga).

https://www.malaysiakini.com/news/513855



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157146934995952/

Leave a Reply