Lid, mai sini kejap. DAP telah mengeluarkan kenyataan untuk sangkal survey…

By Wednesday November 18th, 2020 No Comments

Lid, mai sini kejap.

DAP telah mengeluarkan kenyataan untuk sangkal survey dari syarikat milik orang PPBM yang kata UMNO kini mendapat sokongan kaum Cina lebih besar (25%) daripada DAP (17%).

DAP kata UMNO masih musuh nombor satu mereka dan walaupun DAP mengaku sokongan Cina pada mereka telah turun selepas PRU14 (sebab dorang hancurkan ekonomi dan banyak kencingkan semua Rakyat termasuk kaum Cina), ianya mustahil untuk sokongan Cina pada UMNO lebih tinggi berbanding DAP.

(Survey juga kata UMNO ada 51% sokongan Melayu dan sokongan kaum India paling tinggi)

DAP kata survey itu mengarut.

Tapi saya pelik kenapa Lid atau mana-mana pemimpin PAN tak keluarkan kenyataan untuk sangkal hasil survey yang kata parti PAN cuma menerima sokongan 1% kaum Melayu, 1% kaum Cina dan 0% kaum India?

Betul ke itu?

Minta penjelasan PAN.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157498496040952/

Leave a Reply