News_archive

LID Edisi Kesepuluh Kembali Ke Langkawi Disambut Baik

By Monday June 20th, 2011 No Comments

LANGKAWI, 20 Jun (Bernama) — Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) edisi ke-10 yang bakal kembali diadakan di Langkawi disambut baik pelbagai pihak di pulau peranginan ini.

Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata LID memberi impak kepada Langkawi di peringkat dunia dalam industri pelancongan.

“Penduduk Langkawi menyambut baik LID kembali diadakan di sini,” kata beliau kepada Bernama semasa dihubungi di Putrajaya kerana menghadiri LID 2011 yang sedang berlangsung.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan semalam, dialog itu akan diadakan di Langkawi bagi edisi akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan, Kampung Kuala Melaka, Fadzil Din berkata adalah wajar LID kembali diadakan di Langkawi .

LID 2011 diadakan buat pertama kali di Putrajaya di atas permintaan pemimpin Afrika semasa Dialog Antarabangsa Selatan Afrika di Uganda, di mana mereka mahu melihat pembangunan di Putrajaya serta Cyberjaya.

Dialog tahun ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Afrika seperti Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Bethuel Mosisili, Perdana Menteri Swaziland Barnabas Sibusiso, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi dan Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo.

Sumber : Bernama

Leave a Reply