Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Liberalisasi sektor kewangan diumum minggu depan - Najib Razak
News_archive

Liberalisasi sektor kewangan diumum minggu depan

By Thursday April 23rd, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 22 April – Liberalisasi dalam sektor kewangan akan diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau tidak mahu mengumumkan liberalisasi sektor kewangan dan perkhidmatan serentak bagi memberi ruang kepada pasaran untuk ‘menghadam’ pengumuman tersebut.

”Hari ini kita menumpu kepada liberalisasi sektor perkhidmatan dan kita akan memberi perhatian kepada sektor kewangan pada minggu depan.

”Saya tidak mahu memberi apa-apa petunjuk (mengenai liberalisasi sektor kewangan) pada masa ini, saya mahu menjadikan ia satu kejutan pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan liberalisasi sektor perkhidmatan di pejabat beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan liberalisasi dalam profesion perundangan dengan membenarkan lima firma guaman antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam kewangan Islam antarabangsa untuk beroperasi di Malaysia.

”Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

”Firma perundangan yang berjaya akan ditentukan berdasarkan kelayakan dan pelan perniagaan bagi pejabat yang akan ditubuhkan di Malaysia,” katanya.

Sumber : Utusan

Leave a Reply