Blog

Lebuhraya Pan Borneo Sabah

By Sunday April 24th, 2016 No Comments

Pagi ini saya berada di Kampung Andus, Papar untuk merasmikan majlis pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

panborneo1

Pelancaran projek ini adalah penunaian janji dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya lalu, yakni dalam tempoh lima tahun, sebuah projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 km akan dilaksanakan.

panborneo2

Sejak Sabah bersama membentuk Malaysia, kita telah membangunkan banyak projek di Bumi di Bawah Bayu. Kita telah buat Sipitang Oil & Gas Industrial Park, Sabah Oil & Gas Terminal, Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster, bina Universiti Malaysia Sabah, jalan raya luar bandar, projek bekalan elektrik, air, projek perumahan rakyat dan banyak lagi.

Walaupun projek-projek dan pembangunan tersebut besar nilainya, tetapi saya yakin dan percaya, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini akan membawa impak paling besar kepada Sabah dan rakyatnya.

panborneo3

Saya ingin supaya Sabah lebih maju ke hadapan sehingga peringkat yang lebih tinggi dalam tahun-tahun akan datang, berbaloilah Sabah bersama-sama membentuk Malaysia.

Leave a Reply