Blog

Lawatan Susulan ke SJKT Dengkil

By Wednesday January 6th, 2016 No Comments

Saya membuat tinjauan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil tengah hari tadi untuk melihat sendiri keadaan terbaru sekolah tersebut sejak lawatan saya Oktober tahun lalu.

Alhamdulillah, saya amat gembira melihat penambahbaikan yang telah dilakukan siap sepenuhnya dalam masa 5 minggu, lebih awal daripada jangkaan asal dengan menggunakan sistem pembinaan IBS atau Industrialized Building System. Dengan kejayaan ini, sistem IBS akan digunakan untuk membaiki 6 lagi sekolah di Sarawak.

Saya harap usaha ini di SJK (T) Dengkil dan juga sekolah-sekolah lain memperlihatkan kesungguhan Kerajaan, terutamanya dengan peruntukan sebanyak RM41.3 bilion bagi sektor pendidikan dalam Bajet 2016, untuk memberikan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif kepada murid-murid di Malaysia. Tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada usaha pembinaan semula ini.

AgiFKbEHqZu_F67hPFX1daZl1Wf6zRG_Jo_uVtG5Svwv

AhrTmeD5K8sC082tbRluM-UpKI2HNu4_ad7R3MKMUHgr

AkbdWldjiIpYZK8ugiz-TvSVZ6Xt-xYuVdc4zywdf_RO

Leave a Reply