Blog

Lawatan Rasmi ke Arab Saudi dan Berlepas ke Sabah

By Monday June 8th, 2015 No Comments

Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Arab Saudi berjalan lancar. Saya telah menyampaikan memorandum kepada kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia. Semoga hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi akan memudahkan lagi umat Islam di Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Insya-Allah, pagi esok saya akan ke Sabah untuk melihat kawasan kejadian gempa bumi. Peruntukan akan disalurkan bagi membaik pulih infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Bantuan kewangan dan perkhidmatan kaunseling turut akan disediakan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Reply