News_archive

Lawatan Najib Ke Kelantan Mei Ini Suntik Semangat Baru – Mustapa

By Friday April 27th, 2012 No Comments

MACHANG, 27 April (Bernama) — Lawatan sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan pada 4 Mei ini, amat dinantikan oleh rakyat negeri ini kerana ia akan memberi motivasi baru untuk mereka lebih berjaya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Perdana Menteri dijangka akan ke Gua Musang di sebelah pagi 4 Mei ini bagi merasmikan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan, serta bertemu dengan rakyat di jajahan tersebut.

“Bukan sahaja penduduk Gua Musang sedang menunggu kedatangan Perdana Menteri tetapi juga penduduk seluruh negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima di kawasan Parlimen Machang, di sini pada Jumaat.

Mustapa berkata Perdana Menteri kemudian akan merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong, Kota Baharu iaitu sebuah pusat yang memberi pelbagai kemudahan kepada peladang, penternak, nelayan, peniaga dan orang ramai.

Sumber : Bernama

Leave a Reply