News_archive

Lawatan Najib Ke Gua Musang Akan Disambut Meriah – Tengku Razaleigh

By Sunday April 22nd, 2012 No Comments

GUA MUSANG, 22 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual melawat ke jajahan ini pada 4 Mei akan diberi sambutan meriah, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, persiapan menyambut kedatangan Najib yang dijadual merasmikan Program Komuniti 1Malaysia di Pusat Sivik di sini pada 10.45 pagi akan dihadiri ribuan penduduk berbilang kaum.

“Sebenarnya lawatan Perdana Menteri dianjurkan Kementerian Penerangan (Komunikasi dan Kebudayaan) dan kita UMNO bahagian turut terbabit sama untuk memberi sambutan supaya lebih meriah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Murni di Dewan Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, di sini.

Pada majlis itu, Tengku Razaleigh menyampaikan bakul makanan kepada 751 isi rumah kaum Orang Asli dan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 500 pelajar anak Orang Asli SK Kuala Betis yang disediakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada lawatan itu, Perdana Menteri juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Razaleigh Hamzah di sini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply