Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
'Lawatan ke Kampung Pichin penuh nostalgia' - Najib Razak
News_archive

'Lawatan ke Kampung Pichin penuh nostalgia'

By Wednesday June 17th, 2009 No Comments

SERIAN 18 Jun – Lawatan penuh nostalgia. Itu yang diluahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ke Kampung Pichin yang menempatkan masyarakat Bidayuh di sini hari ini.

Ini kerana 43 tahun lalu, ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki di kampung itu bagi merasmikan projek bekalan air bersih.

Menurut Najib, lawatan pada 30 September 1966 itu turut menjadi pemangkin pembangunan bukan sahaja kepada Kampung Pichin malah seluruh daerah Serian.

“Kira-kira 43 tahun lalu, di tempat yang sama di atas pentas dikelilingi rumah panjang, ayahanda, Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki ke kampung ini.

“Saya bersyukur kerana dapat mengikuti jejaknya untuk membawa kawasan ini dan Sarawak ke arah kemajuan yang lebih besar pada masa depan, bukan nostalgia semata-mata,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pichin sempena lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan negeri, Datuk Michael Manyin.

Najib menjelaskan, nostalgia itu sebenarnya bermula lima bulan lalu ketika majlis penyerahan cek bernilai RM4 juta kepada Manyin untuk membantu kaum Bidayuh membina dewan serbaguna di Kuching.

“Ketika itu, saya dimaklumkan ayahanda saya pernah melawat satu kampung Bidayuh kira-kira 43 tahun yang lalu iaitu di Kampung Pichin.

“Jadi, saya bagi tahu Manyin bahawa saya hendak sangat ke kampung itu. Saya hendak sejarah berulang semula bagi kampung ini dan juga pada diri saya. Tuhan izinkan hari ini cita-cita peribadi saya tercapai,” jelasnya.

Beliau turut terharu kerana diberi sambutan yang sungguh meriah mengikut adat masyarakat Bidayuh.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply