Blog

Lawatan ke Arab Saudi

By Monday January 4th, 2016 No Comments

Alhamdulillah, lawatan saya ke Arab Saudi telah selesai dan saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu dan memberi layanan baik kepada delegasi Malaysia sepanjang lawatan kami.

Kerajaan Arab Saudi telah banyak memberi bantuan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara termasuklah kemudahan visa, pemindahan kecemasan pelajar dan lain-lain.

Hubungan bilateral yang baik antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi juga telah membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama dalam sektor-sektor teras seperti ekonomi dan pendidikan.

Saya yakin kerjasama dan hubungan baik ini membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat dalam pelbagai bidang dan perkara.

Ketika di sana, saya berkesempatan untuk bertemu dan berbual mesra dengan para pelajar serta golongan profesional yang bekerja di Arab Saudi. Ramai juga yang berada di sana dan saya mendoakan agar anda semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan cemerlang dalam pendidikan dan bidang pekerjaan masing-masing.

Bersama-samalah juga kita mengamalkan konsep wasatiyyah kerana ia adalah konsep yang bersandarkan kepada sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Umat Islam haruslah bersatu dan mendukung usaha penyatuan dan tidak berbalah antara satu sama lain.

Insya-Allah.

Aik7eIt3Il13Knl7pW5i1xWXGu_CV8KVmkAVntpDPVfV

AsqoIZtXlYba0rawJFzbFMnTa4c2ogn6zGbnwgOUD_31

AvvC5LYWNeb45k05-Qodlzb5jh_qnl6OdAmLWthDCti4

Leave a Reply