Laporan media antarabangsa sejak minggu lepas agak negatif terhadap keadaan…

By Wednesday May 26th, 2021 No Comments

Laporan media antarabangsa sejak minggu lepas agak negatif terhadap keadaan Covid dan kerajaan Malaysia.

Media South China Morning Post (SCMP) dari Hong Kong dan media antarabangsa Reuters melaporkan Rakyat semakin marah dengan kerajaan sebab keadaan Covid sedang melumpuhkan sistem kesihatan negara dan kerajaan dilihat tidak berani mengambil langkah yang lebih tegas.

Media Bloomberg lapor kes baharu Covid bakal meroket naik lagi dan sukar untuk kerajaan lemah yang lumpuh untuk menyelematkan keadaan Covid dan ekonomi.

Media Australia Sydney Morning Herald kata keadaan Covid Malaysia menjadi berkali ganda lebih kritikal walaupun kerajaan telah gantung demokrasi dengan darurat,

(Maaf. Takde pula mana media asing yang melapor sama ada Nilai 3 terletak di Selangor atau Negeri Sembilan)

Terfikir-fikir saya, pelabur asing mana yang berani datang ke negara yang sistem kesihatan dan kerajaannya sedang lumpuh serta keadaan Covid tidak terkawal seperti dilapor media antarabangsa?

Rasanya, JKOM perlu bekerja lebih keras untuk mengecam media-media antarabangsa tersebut supaya elaun dan peruntukan tidak hilang.

Jangan hanya berkampung di page FB saya sahaja.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157912651020952/

Leave a Reply