Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Rakyat... - Najib Razak

Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Rakyat…

By Friday April 10th, 2015 No Comments

Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Jabatan Audit Negara. Kerajaan kekal komited untuk memastikan ketelusan dalam segala usaha dan operasi Kerajaan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketirisan oleh pihak berkuasa.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pada tahun 2013, selaras dengan Program Transformasi Kerajaan Kedua (GTP 2.0) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah, Kerajaan telah menyediakan laman rasmi (www.arts.audit.gov.my) yang memaparkan status tindakan susulan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap laporan yang dibentangkan sejak tahun 2012. Mulai tahun 2015 bagi Laporan Ketua Audit Negara 2014, Dashboard tindakan susulan ini diteruskan di laman www.agdashboard.audit.gov.my yang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara. Setiap isu yang diketengahkan dalam laporan audit akan dijawab dan diambil tindakan oleh Kementerian, Jabatan dan individu yang terbabit dan maklumat tersebut akan dipaparkan di laman ini.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 yang lalu misalnya, daripada 1,158 penemuan, sebanyak 745 kes telah diselesaikan dengan tindakan manakala 392 kes lagi kini dalam tindakan. Usaha ini mencerminkan ketelusan Kerajaan Persekutuan dan saya memberi kata jaminan bahawa amalan ini akan kekal sebagai tonggak utama pentadbiran saya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152689068445952/

Leave a Reply