Laporan Kebahagiaan Dunia ialah penerbitan tahunan Rangkaian Penyelesaian…

By Monday March 22nd, 2021 No Comments

Laporan Kebahagiaan Dunia ialah penerbitan tahunan Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Laporan terbaru bagi tahun 2021 ini dikeluarkan semalam dan kandungannya dilapor di media seluruh dunia kecuali Malaysia.

Masa kerajaan BN dahulu, ranking dan markah kita semakin naik setiap tahun.

Dari negara ke-61 paling bahagia dalam dunia pada tahun 2015, kita naik ke negara ke tempat ke-35 pada tahun 2017 sebelum PRU14.

Masa itu, kita satu tempat di bawah Singapura dan menjadi negara kedua paling bahagia dalam ASEAN – jauh meninggalkan negara-negara lain.

Mengikut indeks tersebut, kesejahteraan Rakyat semakin bertambah bahagia setiap tahun tetapi ini berubah selepas PRU14.

Markah dan ranking drop.

Dari tempat 35, kita jatuh ke tempat 80 pada tahun 2018. Kita ditinggal Thailand dan Filipina.

Dalam laporan terbaru dikeluarkan semalam pula, kita kini pada kedudukan negara ke-81 paling bahagia dan turut ditinggalkan negara Vietnam selepas ditinggalkan Thailand dan Filipina dua tahun lalu.

Dari tempat kedua paling bahagia antara negara-negara jiran paling terdekat, kita jatuh ke negara kedua paling tidak bahagia.

Kedudukan negara Indonesia pula semakin bertambah baik dan kini hanya satu tempat di bawah kedudukan Malaysia dan dijangka melepasi kita tahun depan.

Dari satu tempat di bawah Singapura sebelum PRU14, kini kita ketinggalan 49 tempat di bawah Singapura.

Semasa ranking mula jatuh mendadak selepas PRU14, saya pernah kata “tak apa, asalkan Menteri PH happy”.

“21 Mar 2019: As long as Harapan leaders gleeful, Najib trolls after ‘happiness’ ranking plummets”
https://www.malaysiakini.com/news/468957

Masa itu, Lid membalas dan menuduh indeks kebahagiaan Malaysia jatuh adalah salah Najib walaupun pada masa Najib, kedudukan kita naik tiap-tiap tahun.

“21 Mac 2021: Khalid ‘thanks’ Najib for Malaysia’s big drop in happiness index”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/21/khalid-thanks-najib-for-malaysias-big-drop-in-happiness-index

Lid, masa dua tahun sudah berlalu, masih salah Najib lagi ke?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157779150555952/

Leave a Reply