Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Laporan Awal Cambridge English: Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Di... - Najib Razak

Laporan Awal Cambridge English: Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Di…

By Wednesday January 22nd, 2014 No Comments

Laporan Awal Cambridge English: Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Di Malaysia Positif #Malaysia

LONDON – Laporan awal Cambridge English, badan pakar dalam menilai penguasaan sesuatu bahasa, memberikan laporan positif mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah di Malaysia dari tahap prasekolah hingga prauniversiti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan Malaysia, pada Selasa diberi taklimat mengenai laporan awal kajian yang dilakukan pihak Cambridge English mengenai projek kajian asas “Measuring the English Language Standard and Establishing an evidence-based base line for Malaysian schools”.

Taklimat mengenai dapatan awal kajian itu disampaikan Penolong Pengarah Cambridge English Language Assessment Martin Robinson dan Ketua Penyelidik dan Pembangunan Antarabangsanya Dr Hanan Khalifa.

Ketika ditanya sama ada beliau gembira dengan hasil kajian tu, Muhyiddin berkata: “Inisiatif yang telah diambil adalah baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan”.

Katanya kerajaan telah melantik Cambridge English Language Assessment untuk menjalankan penilaian terhadap tahap pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia kerana ingin mengetahui tahap penguasaan bahasa itu di sekolah berikutan ada yang berpandangan kononnya tahapnya kini tidak sebaik masa dahulu.

Jadi, katanya Kementerian Pendidikan bersetuju untuk bekerjasama dengan Cambridge English untuk memulakan kajian asas mengenai tahap pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di negara ini.

Tujuannya ialah untuk meletakkan tahap kedudukan penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia mengikut tanda aras kerangka rujukan English Framework Reference (EFR) sebagai satu penandaaras untuk mengukur tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa, katanya.

Ditanya sama ada hasil kajian itu akan merubah dasar pendidikan negara, Muhyiddin berkata pihak kementerian akan mengkaji asas tahap kecekapan pelajar untuk membuat penilaian semula amalan semasa dan mengkaji semula kurikulum. Kajian oleh pihak Cambridge itu melibatkan 426 buah sekolah dengan 31,000 pelajar serta 943 bilik darjah yang dijalankan sejak beberapa bulan lepas.

“Pihak Cambridge telah membentangkan kepada saya tadi laporan awalnya, laporan akhirnya (akan dibentangkan kepada saya) pada bulan Mac tahun depan”.

Menurut Muhyiddin, Malaysia adalah negara yang ulung untuk melaksanakan kajian yang komprehensif seumpama itu.

“Belum ada negara lain buat macam Malaysia, saya berharap lepas laporan siap saya akan maklumkan hasilnya. Yang penting langkah yang diambil untuk menambahbaik pendidikan di negara.”

Muhyiddin berkata laporan oleh Cambridge itu akan dikaji oleh sebuah badan tempatan yang dianggotai pakar-pakar dalam bahasa Inggeris di Malaysia iaitu Majlis Penarafan Bahasa Inggeris, yang anggotanya dilantik oleh beliau tahun lalu.

Katanya Majlis itu akan membincangkan laporan itu dan akan melakukan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia mengikut cadangan laporan itu yang difikirkan baik dan wajar.

Mengenai kesediaan guru untuk mengajar dari segi minat dan pengetahuan, beliau berkata berdasarkan laporan itu didapati guru-guru di Malaysia mempunyai tahap kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah.

Muhyiddin berkata guru-guru juga sudah mula dilatih untuk tujuan itu.

Menurut kajian itu, 85 peratus pelajar memang berminat belajar bahasa Inggeris manakala dalam kalangan guru-guru pula, 97 peratus guru memang minat untuk mengajar bahasa Inggeris.

Muhyiddin tiba di sini Isnin dalam rangka lawatan tiga hari ke United Kingdom untuk menghadiri Forum Pendidikan Sedunia 2014 yang berlangsung tiga hari di sini bermula 20 Jan.

Pagi ini (Selasa), Timbalan Perdana Menteri turut menghadiri satu mesyuarat sarapan pagi bersama anggota Kelab Umno United Kingdom diketuai pengerusinya Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.

— Bernama

*****Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10202982370148852/

Leave a Reply