Lanjutan moratorium pinjaman. Kementerian Kewangan telah memberi jaminan…

By Thursday November 26th, 2020 No Comments

Lanjutan moratorium pinjaman.

Kementerian Kewangan telah memberi jaminan untuk memberi kelulusan secara automatik bagi sebarang permohonan lanjutan moratorium dari golongan B40, M40 serta Perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Bagi golongan B40, kelulusan akan diberi secara automatik dalam masa 1 hari.

Bagi golongan M40 pula, hanya perlu melakukan pengakuan diri dan tak perlu menghantar dokumen. Kelulusan diberi secara automatik antara 1 hingga 5 hari.

Mengambil kira penambahbaikan dan komitmen kelulusan secara automatik ini serta kelulusan pengeluaran KWSP RM10k maka pihak BN bersetuju demi bajet diluluskan secepat mungkin untuk mengelak ketidakstabilan politik negara bertambah teruk pada masa krisis Covid ini.

Sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya.

Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157515373975952/

Leave a Reply