Audio

Langkah Apungan Terkawal Harga Minyak

By Friday December 5th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/180028857″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menerangkan mengenai langkah apungan terkawal harga minyak yang diambil oleh kerajaan.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Langkah apungan terkawal harga minyak yang telah diambil oleh kerajaan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun ke paras di mana subsidi tidak diperlukan.
Sistem ini lebih memberi manfaat kepada rakyat kerana harga minyak di negara ini akan turun mengikut harga pasaran minyak dunia.
Namun sekiranya harga minyak dunia meningkat dengan mendadak, kerajaan akan mengambil langkah bagi meringankan beban rakyat.
Pemansuhan subsidi pukal minyak ini akan mengelakkan kita kerugian berbilion ringgit akibat daripada aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi yang ditanggung oleh pembayar cukai.
Mekanisme apungan terkawal ini akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan, dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia.
Sekian sahaja dari saya,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

Leave a Reply