Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kunjungan Najib Ceriakan Masyarakat Serian - Najib Razak
News_archive

Kunjungan Najib Ceriakan Masyarakat Serian

By Saturday March 19th, 2011 No Comments

SERIAN, 19 Mac (Bernama) — Keceriaan jelas terpancar di wajah penduduk apabila berpeluang bertemu dan bersalaman dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negara dan negeri, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

“Akhirnya, saya berpeluang untuk bersalam dan melihat secara dekat dengan Perdana Menteri.

“Beliau seorang pemimpin yang mesra, bertanggungjawab dan berjiwa rakyat,” kata Samat Sirat, pesara tentera dari Kampung Hilir Serian di sini kepada Bernama.

Samat, 51, yang menggunakan kerusi roda merupakan antara ribuan penduduk yang datang seawal 8 pagi untuk menunggu ketibaan perdana menteri dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan dua timbalannya Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu ke program “Sejiwa Senada” Bahagian Kota Samarahan, di pekan ini.

Turut serta ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35, Liew Li Tong, 11, jelas begitu gembira dapat melihat dengan dekat Najib yang merupakan idolanya.

“Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk melihat Perdana Menteri yang begitu mesra,” katanya dan menurutnya pertemuan itu telah menyuntik semangatnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Lawatan Najib dan rombongannya turut membawa rezeki buat pengusaha kedai makanan dan minuman di Pekan Serian yang tidak menang tangan melayan ratusan pelanggan hari ini.

Seorang pengusaha restoran yang enggan namanya disiarkan berkata, “Pelanggan datang bertali arus, hinggakan ada yang merungut pesanan mereka lambat sampai.

“Apa boleh buat, pekerja kita tidak ramai, ” katanya kerana biasanya keadaan di pekan ini agak lengang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply