Kuarantin selama 3 hari sahaja lagi bahaya sebab purata tempoh inkubasi…

By Tuesday February 9th, 2021 No Comments

Kuarantin selama 3 hari sahaja lagi bahaya sebab purata tempoh inkubasi Covid ialah 5 hingga 6 hari.

Ada bahayanya jika mereka yang telah dijangkit akan salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah tersalah sangka mereka bebas Covid.

Ini terbukti semasa kuarantin kendiri 3 hari pada mulanya dikenakan KKM bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah.

Saya bagi contoh:

Contoh 1: Kes ADUN Kampung Tunku.
– pulang dari Sabah pada 27 Sept.
– Dibenarkan KKM untuk potong gelang pada 30 Sept setelah ujian pertama negatif (tapi ADUN Kampung Tunku kata tadi bahawa dia tak potong sebab rasa tidak sedap badan.)
– Didapati positif Covid pada 2 Okt.

“Beliau kemudiannya menghubungi PKD Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan ujiannya, sebelum didapati negatif serta dipanggil untuk menanggalkan gelang pengawasan berkenaan.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/738737/covid-19-adun-kampung-tunku-positif

Contoh 2: ADUN Ayer Limau
– pulang dari Sabah pada 28 Sept.
– Dipotong gelang pada 1 Okt setelah ujian pertama negatif
– Didapati positif Covid pada 2 Okt.

Contoh 3: kes ADUN Maharani
– pulang dari Sabah pada 26 Sept.
– Ujian pertama negatif. Sebenarnya boleh dipotong gelang tapi beliau pilih untuk kuarantin kendiri lagi.
– Didapati positif Covid pada 4 Okt.

Lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebarangkalian ianya mutasi Covid baru yang lebih ganas seperti mutasi UK dan mutasi Afrika Selatan.

Pada ketika kes aktif sudah cecah 51,000 dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi UK yang menular dengan kadar 70% lebih laju merebak ke negara kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157689038925952/

Leave a Reply