Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kuan Yew kunjungi Najib - Najib Razak
News_archive

Kuan Yew kunjungi Najib

By Monday June 8th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 9 Jun – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini.

Kunjungan hormat itu merupakan sebahagian daripada atur cara dalam lawatan peribadi Perdana Menteri pertama Singapura itu ke negara ini.

Kuan Yew tiba semalam dan dijangka berada di negara ini hingga 15 Jun.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini Kuan Yew turut melakukan lawatan peribadi ke Seremban dan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat tempat-tempat yang pernah beliau kunjungi sewaktu mudanya.

Beliau pernah datang ke Seremban 60 tahun lalu sebagai peguam dan hari ini pemimpin veteran Singapura itu turut melawat bangunan yang pernah menempatkan mahkamah yang terletak berhampiran ibu pejabat polis negeri.

Esok beliau dijadualkan melawat Perak termasuk melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply