KP KKM semalam sekali lagi mengulas dua faktor kenapa keadaan Covid menjadi…

By Sunday May 23rd, 2021 No Comments

KP KKM semalam sekali lagi mengulas dua faktor kenapa keadaan Covid menjadi amat kritikal sekarang.

1) Membuka semula sektor-sektor tertentu terlalu awal termasuk sektor pendidikan.

2) varian-varian baharu yang lebih berbahaya menular dalam komuniti.

Saya tak nafi bahawa tidak mematuhi SOP adalah antara sebab kes Covid naik dan sesiapa pun boleh membuat kesilapan seperti saya dan PM 4/7 yang lupa scan MySejahtera serta PM8 yang tidak pakai mask semasa berjalan-jalan di lobi hotel.

Tapi ianya tidak adil untuk kerajaan hanya menyalahkan Rakyat tidak ikut SOP sebagai punca utama kes Covid naik.

Perlu ingat bahawa ramai Menteri dan Timbalan Menteri pun pernah dijangkit Covid. Boleh kita simpulkan ini ialah kerana mereka juga tak ikut SOP?

Dan adakah Rakyat juga perlu disalahkan sebab varian-varian baru menular dalam Malaysia sedangkan Rakyat biasa tak dibenarkan keluar sempadan negara pun?

Semalam dilaporkan bahawa 64,046 kanak-kanak bawah umur 12 di Malaysia dijangkiti Covid setakat 18 Mei – kebanyakannya selepas sekolah dibuka semula pada tahun ini.

“22 Mei 2021: 64,046 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti Covid-19
https://www.sinarharian.com.my/article/139869/KHAS/Covid-19/64046-kanak-kanak-di-Malaysia-dijangkiti-Covid-19

64 ribu bukan satu angka yang kecil memandangkan jumlah kes Covid sekarang mencecah 500,000.

Berapakah ramai lagi orang tua di rumah yang dijangkit 64 ribu kanak-kanak ini?

Patutkah kerajaan salahkan juga kanak-kanak bawah umur 12 sebab tidak mengikut SOP akibat sekolah dibuka semula oleh kerajaan pada ketika kes Covid baru tinggi?

Jadi, jangan hanya salahkan Rakyat sahaja.

Kerajaan diberi kuasa penuh darurat dengan kuasa penuh untuk berbelanja sesuka hati semasa darurat.

Jika masih gagal dan keadaan Covid menjadi berkali ganda lebih serious selepas lebih 4 bulan kuasa penuh Darurat maka pikul lah tanggung jawab bagi kegagalan ini dan bantu lah Rakyat untuk menghadapi PKP 3.01.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157906501855952/

Leave a Reply