KP KKM memberi amaran semalam. Malaysia akan lebih teruk jika PKP kali ini…

By Sunday January 17th, 2021 No Comments

KP KKM memberi amaran semalam.

Malaysia akan lebih teruk jika PKP kali ini tidak dilaksanakan dengan betul.

Sebab itu, jika nak lockdown 14 hari maka lockdownlah betul-betul seperti PKP pertama bulan Mac tahun lepas.

Seketat-ketatnya yang mampu untuk 14 hari sahaja.

Jangan PKP 2.0 ini tak rasa macam PKP pulak. Seolah-olah kerajaan tak serious.

Dengan bantuan kerajaan kepada Rakyat yang memadai, biarlah kita perit seketika untuk 2 minggu pertama agar sistem kesihatan dan frontliners kita terpelihara dan PKP tidak perlu dilanjut berulang-kali.

Pengorbanan seketika adalah jauh lebih baik berbanding mudarat berpanjangan bagi kesejahteraan Rakyat dan ekonomi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157625646885952/

Leave a Reply