Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Korea Utara Tak Wajar Lakukan Ujian Nuklear : Najib - Najib Razak
News_archive

Korea Utara Tak Wajar Lakukan Ujian Nuklear : Najib

By Monday May 25th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Malaysia berpendapat ujian nuklear bawah tanah yang dilakukan Korea Utara semalam adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh memberi kesan kepada Asia Timur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Korea Utara itu, yang kedua selepas ujian nuklear pada 2006, boleh meningkatkan lagi ketegangan di kawasan semenanjung Korea dan ini akan membabitkan kawasan Asia Timur keseluruhannya.

Najib, yang menghadiri perhimpunan bersama warga kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini hari ini, diminta mengulas tindakan Pyongyang yang semalam mengumumkan kejayaan melakukan ujian nuklear bawah tanahnya, dan tindakan itu mendapat kecaman dan kritikan masyarakat antarabangsa.

Kerajaan Korea Utara berkata ujian itu sebagai sebahagian langkah meningkatkan persenjataan nuklear untuk mempertahankan diri.

Najib juga berkata beliau berharap isu nuklear Korea Utara itu dapat ditangani melalui rundingan enam pihak dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Enam pihak itu terdiri China, Korea Selatan, Korea Utara, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun.

Sumber : Bernama

Leave a Reply