Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Konvensyen BN Berjaya Jadi Panduan Dan Asas Program Transformasi Politik - Najib - Najib Razak
News_archive

Konvensyen BN Berjaya Jadi Panduan Dan Asas Program Transformasi Politik – Najib

By Sunday December 5th, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Konvensyen Barisan Nasional (BN) berjaya dan mampu menjadi panduan serta asas kepada program transformasi politik bagi memperkuatkan parti komponen BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata konvensyen sehari yang dihadiri kira-kira 2,340 anggota perwakilan daripada 13 parti komponen BN, rakan-rakan BN dan badan bukan kerajaan (NGO) bertemakan “1Rakyat, 1Negara, 1Wawasan” itu telah meningkatkan semangat mereka untuk melakukan pembaharuan dalam parti.

“Pada pengamatan saya, konvensyen ini telah berjaya bukan sahaja usaha untuk menaikkan semangat ahli komponen, tetapi memberi panduan dan hala tuju yang jelas tentang apa yang mereka patut lakukan sebagai menyahut saranan kita untuk melakukan proses transformasi politik,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya konvensyen itu di Wisma MCA di sin Ahad.

Sehubungan usaha transformasi itu, beliau sekali lagi menegaskan anggota-anggota BN perlu mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat berikutan BN merupakan parti yang telah lama mentadbir di negara ini.

Selain itu, Najib berkata asas pokok untuk mencapai kejayaan itu adalah mengambil tindakan berdasarkan kepentingan “Rakyat Didahulukan” dalam serba-serbi di semua peringkat termasuk akar umbi.

“Apabila kita mendahulukan rakyat, maka saya percaya kita (BN) akan berjaya menambahkan sokongan rakyat terhadap parti BN,” katanya yang berpuas hati dengan perjalanan konvensyen kali ketiga itu.

Kali terakhir konvensyen BN itu diadakan adalah pada 1991.

Najib berkata kehadiran sebanyak 70 peratus perwakilan dalam Dewan San Choon di Wisma MCA itu menunjukkan semangat tinggi di kalangan anggota-anggota BN, sekali gus mencerminkan mereka bersedia melakukan perubahan untuk meningkatkan keyakinan rakyat.

Mengenai perbahasan oleh setiap presiden parti konponen, Najib yang juga Presiden Umno berkata presiden parti komponen mengetengahkan kepada soal kehendak masing-masing yang sepatutnya dilakukan selain mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya demi pembaharuan parti.

Beliau berkata BN akan terus mengutamakan kepentingan setiap parti komponen agar dilihat sebagai parti yang kuat yang dapat menjaga kebajikan semua kaum di negara ini.

Terdahulu, Najib dalam ucapan perasmian berkata empat gejala penyakit yang boleh menimpa sesebuah parti yang terlalu lama berkuasa terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan berasa menyampah.

Dalam amanat bertema “Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat” itu, Perdana Menteri berkata penyakit khayalan kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan, manakala kelupaan kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal.

Ketiga, penyakit kejumudan yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan dan seterusnya penyakit angkuh yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai, katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply