Kompaun RM10,000 sebab gagal scan MySejahtera di kedai makan Bukit…

By Friday March 12th, 2021 No Comments

Kompaun RM10,000 sebab gagal scan MySejahtera di kedai makan Bukit Jalil.

Polis terpaksa mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 bagi setiap notis yang dikeluarkan.

Polis tiada kuasa untuk tulis kompaun yang lebih rendah (atau lebih tinggi) sebab terpaksa mengikut pindaan Ordinan Darurat dibuat kerajaan PN yang naikkan kompaun bagi sesiapa yang melanggar SOP.

Cara Ordinan tersebut digariskan kerajaan tidak membezakan kesalahan yang tidak sengaja dan tidak serius seperti lupa/gagal scan MySejahtera atau gagal pakai face mask dengan kesalahan yang amat serius seperti langgar kuarantin wajib atau rentas negeri tanpa kebenaran.

Ini satu lagi contoh kenapa langkah kerajaan wajar dibincang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu supaya ianya lebih adil pada Rakyat.

Namun nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/795062/polis-keluar-kompaun-rm10000-langgar-sop-mulai-hari-ini



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157756189060952/

Leave a Reply