News_archive

Kolej Kadazandusun Murut Dilancarkan Jun

By Sunday March 11th, 2012 No Comments

PENAMPANG, 11 Mac (Bernama) — Kampus tetap Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata serentak dengan pelancaran itu Perdana Menteri juga akan melakukan upacara pecah tanah kampus tetap kolej berkenaan di Kaingaran, dalam daerah Tambunan.

Berucap pada majlis perasmian persidangan Tri-Tahunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Dewan Hongkod Koisan, di sini, Pairin yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kabinet Sabah telah bersetuju ‘membantu’ menubuhkan kolej universiti berkenaan.

“Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan penubuhan kolej komuniti itu dan tapaknya sudah disediakan di Tambunan. Diharapkan kerajaan negeri atau persekutuan dapat menyediakan peruntukan untuk tujuan ini,” katanya.

Cadangan penubuhan kolej berkenaan dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (PEKADIN).

Sumber : Bernama

Leave a Reply