Kluster Pasai ialah kluster paling besar Sarawak. Punca kluster Pasai ialah…

By Wednesday February 10th, 2021 No Comments

Kluster Pasai ialah kluster paling besar Sarawak.

Punca kluster Pasai ialah seorang perempuan yang pulang dari Johor ke Sibu pada 29 Disember untuk majlis pengebumian ayah.

Saringan yang dibuat setelah tiba di airport adalah negatif dan dia disuruh kuarantin kendiri 14 hari di kediaman sendiri.

Malangnya 7 hari kemudian pada 5 Januari 2021, dia didapati positif Covid dan tercetusnya kluster Pasai sehingga seluruh Sarawak terpaksa melaksanakan PKPB serta PKP di beberapa daerah.

Setakat ini, kluster Pasai telah mencatat 2,363 kes positif dan 18 kematian.

Ini bukti bahawa kuarantin kendiri di rumah amat berisko.

Ia juga bukti bahawa tempoh kuarantin untuk 3 hari sahaja adalah berbahaya.

Inilah risikonya bila menteri (serta rombongan mereka) yang pulang dari luar negara diberi kelonggaran untuk pengawasan 3 hari di rumah sahaja berbanding kuarantin 10 hari (sepatutnya 14 hari).

Lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebarangkalian ianya mutasi Covid baru yang lebih ganas seperti mutasi UK dan mutasi Afrika Selatan.

Pada ketika kes aktif sudah cecah 50,000 dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi UK yang menular dengan kadar 70% lebih laju merebak ke negara kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157691375260952/

Leave a Reply