Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kita kira 3 bulan (awal bulan Disember, iaitu kini. hingga akhir bulan... - Najib Razak

Kita kira 3 bulan (awal bulan Disember, iaitu kini. hingga akhir bulan…

By Friday December 4th, 2020 No Comments

Kita kira 3 bulan (awal bulan Disember, iaitu kini. hingga akhir bulan Februari) sebelum pemohon i-Sinar menerima bayaran pertama tapi KWSP kira 2 bulan sahaja.

Tapi tak kisah 2 bulan atau 3 bulan, mereka yang lemas setelah menghadapi pandemik sejak 10 bulan dahulu tetap akan rasa ianya masih terlalu lama untuk tunggu jika dibandingkan dengan program i-Lestari dulu.

KWSP juga kata mereka akan cuba percepatkan bayaran tapi ianya akan ambil masa untuk menyemak berjuta-juta helai bukti dokumen.

Sebab itu, jika pengeluaran dijadikan tidak bersyarat dan tiada keperluan untuk bukti dokumen disemak atau diteliti maka tempoh masa sehingga ahli dibayar dapat dipendekkan.

Jadi, Staff kaunter KWSP pun tidak terbeban manakala risiko penularan Covid dapat dikurangkan jika berjuta ahli tidak perlu beratur di pejabat KWSP untuk menyerah dokumen.

Harap dipertimbangkan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157533015100952/

Leave a Reply