Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Kilang-kilang, projek developer, shopping mall dan syarikat besar, MNC dan... - Najib Razak

Kilang-kilang, projek developer, shopping mall dan syarikat besar, MNC dan…

By Sunday May 16th, 2021 No Comments

Kilang-kilang, projek developer, shopping mall dan syarikat besar, MNC dan bank tak berkorban sehari pun sepanjang PKP 2.0 dan PKP 3.0.

Lain-lain sektor sekejap buka, sekejap tutup atau langsung tak pernah dibenar buka.

Jika dibenar buka pun, bisnes kurang sebab pelanggan bimbang dengan keadaan Covid yang tinggi.

Saya percaya kebanyakan Rakyat faham kenapa PKP 2.0 dan PKP 3.0 perlu dilaksanakan (darurat itu, lain cerita).

Tapi kebanyakan Rakyat amat kecewa dan marah bahawa PKP 3.0 perlu dilaksanakan hanya dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.

Jika diberi bantuan yang sewajarnya, Rakyat sanggup berkorban semasa PKP 2.0 dilaksanakan dengan syarat PKP dibuat dengan betul dan adil.

Jangan ada yang terkorban dan perlu berkorban untuk kilang-kilang, mall dan syarikat besar.

Jangan ada sektor-sektor yang susah tapi sektor-sektor lain dibenar terus kaut keuntungan tanpa henti pula.

Jika perlu susah, kita sama-sama susah untuk seketika supaya usaha melawan Covid adalah pada tahap paling maksima.

Supaya semua mendapat manfaat secara sama rata selepasnya.

Kebanyakan Rakyat tidak mahu pengorbanan mereka tersia-sia dan terbazir.

Susah nak faham ke?

HINT bagi pemerintah:

Jika PKP 3.0 gagal juga sebab sedang mengulangi kesilapan PKP 2.0, jangan dibuat PKP 4.0 sebab ramai akan mengamuk.

Buatlah PKP 3.0 Plus atau PKP 3.0 Pro Max supaya Rakyat tak nampak sangat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157892239420952/

Leave a Reply