Kilang-kilang dimilik MNC dan towkay-towkay besar tak gulung tikar atau…

By Friday May 21st, 2021 No Comments

Kilang-kilang dimilik MNC dan towkay-towkay besar tak gulung tikar atau pindah ke negara lain dan masih mampu bayar gaji penuh semua pekerja jikapun diarahkan untuk tutup 14 hari atau 1 bulan.

Tapi bagaimana pula dengan gerai tepi jalan, pengusaha kantin, operator bas sekolah/ekspress, pemandu grab/teksi, pekerja harian, pusat hiburan, penjaja, kedai-kedai kecil, pusat tuisyen, pusat solek, homestay, pengusaha pelancongan, kedai gunting, kedai solek dan sebagainya yang diperlukan untuk dua bulan tutup, dua bulan buka, dua bulan tutup tanpa penghujungnya pada ketika ramai pelanggan tak berani keluar sebab kes Covid semakin tinggi?

Jika diperlukan berkorban sebab keadaan sudah terlalu kritikal, kita sama-sama berkorban untuk kebaikan bersama jangkamasa panjang.

Bukan bahagian besar Rakyat yang terkorban berpanjangan demi kepentingan towkay.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157902797115952/

Leave a Reply