Khazanah Nasional telah mengeluarkan laporan tahun 2020 minggu…

By Saturday March 6th, 2021 No Comments

Khazanah Nasional telah mengeluarkan laporan tahun 2020 minggu lepas.

Walaupun Khazanah tidak lagi melaporkan nilai jumlah aset mereka dengan jelas sejak PRU14, kita boleh kira sendiri dengan mengambil angka jumlah hutang dengan angka pekali Lindungan Nilai Aset Boleh Tunai.

(Apabila jumlah hutang turun tetapi pekali Lindungan Nilai Aset Boleh Tunai juga turun maka jumlah Nilai Aset turut turun)

Jumlah nilai aset boleh tunai Khazanah jatuh sekali lagi tahun lepas setelah dua kali turun masa kerajaan PH dahulu.

Nilai aset ini turun RM12.41 bilion (walaupun hutang turun RM2.7 bilion) pada tahun lepas ke RM125 bilion (2020) dari RM137.4 bilion (2019).

(Sebab itu, jumlah nilai aset Khazanah tidak disentuh dalam laporan-laporan media tempatan minggu lepas. Cuma umumkan jumlah keuntungan tahunan (setelah jual aset))

Ini adalah jauh di bawah nilai RM157.2 bilion pada tahun 2017 masa BN sebelum PRU14.

Saiz Khazanah Nasional sudah turun 21% sejak PRU14 setelah banyak aset dikumpul kerajaan BN dahulu telah dijual.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157744666575952/

Leave a Reply