Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Khazanah Nasional di bawah kerajaan BN dahulu masa saya pengerusi Khazanah... - Najib Razak

Khazanah Nasional di bawah kerajaan BN dahulu masa saya pengerusi Khazanah…

By Wednesday March 3rd, 2021 No Comments

Khazanah Nasional di bawah kerajaan BN dahulu masa saya pengerusi Khazanah telah melabur US$170 juta (RM650 juta masa itu) atau 2.3% kepentingan saham dalam syarikat yang memilik Shopee pada tahun 2016.

Syarikat itu berjaya disenaraikan di Bursa Saham New York pada tahun 2017.

Namun selepas PRU14, kerajaan PH telah jual pegangan ini pada bulan Nov 2019.

“November 26, 2019: Khazanah sells stakes in seven foreign firms worth RM5.66b”
https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-sells-stakes-seven-foreign-firms-worth-rm566b

Selepas dijual PH pulak, harga saham Shopee naik berganda dan pelaburan yang dibuat masa BN sebanyak RM650 juta kini bernilai US$2.9 bilion (RM12 bilion) hari ini.

Tapi ini tidak menjadi sebab sudah dijual PH pada tahun 2019 dan negara hilang keuntungan hampir RM10 bilion.

Kenapa PH jual juga tidak pernah dijelaskan sebab masa itu Shopee semakin hot.

“3 Mac 2021: Shopee parent Sea’s sales double as Asian shoppers go online in pandemic”
https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2021/03/03/shopee-parent-sea039s-sales-double-as-asian-shoppers-go-online-in-pandemic

Ini seperti pelaburan Khazanah dalam syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba pada tahun 2012.

Hasilnya, Khazanah memperoleh pulangan sebanyak US$1.2 bilion (RM5 bilion) berbanding pelaburan sebanyak US$250 juta sahaja.

Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik hampir 3 1/2 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.

Kadar kenaikan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 66% untuk dana pelaburan Temasek Holdings milik kerajaan Singapura bagi tempoh yang sama.

Masuk tangan PH, nilai aset Khazanah terus jatuh RM25 bilion tahun 2018 dan RM19 bilion lagi pada tahun 2019.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157738096115952/

Leave a Reply