Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow harap kerajaan pusat PN akan…

By Sunday January 10th, 2021 No Comments

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow harap kerajaan pusat PN akan meneruskan projek pembesaran Empangan Mengkuang.

Dia mengesahkan sekali lagi bahawa projek bernilai RM1.2 bilion ini diberi sebagai geran percuma oleh kerajaan pusat BN kepada kerajaan DAP Pulau Pinang masa dahulu.

Geran percuma ini adalah sebahagian daripada pengstrukturan aset air Pulau Pinang pada tahun 2011 semasa saya PM dan juga melibatkan penukaran hutang keajaan negeri sebanyak RM655.2 juta kepada bayaran pajakan tahunan selama 45 tahun.

Jika mahu kerajaan pusat teruskan projek empangan Mengkuang itu, saya rasa Guan Eng perlu minta maaf sebab dia telah menggunakan pengstrukturan air ini sebagai propaganda sekian lama untuk puji DAP kononnya pandai menjaga ekonomi Pulau Pinang kerana mereka “berjaya mengurangkan” hutang negeri Pulau Pinang sebanyak 95%.

Pengurangan hutang negeri itu langsung tiada kaitan dengan pengurusan kerajaan DAP tetapi ianya setelah kerajaan BN bersetuju memberi geran percuma empangan Mengkuang sebanyak RM1.2 bilion dan menukarkan hutang negeri menjadi bayaran ansuran tahunan supaya ianya secara teknikal tidak lagi diklasifikasikan sebagai hutang (tetapi perlu bayar juga).

Jika masa itu saya tak setuju, hutang negeri Pulau Pinang akan naik lebih 130% dan bukan menurun 95%.

Sebab itu, jangan teruskan projek Empangan Mengkuang selagi DAP atau Guan Eng tidak mengaku dan memohon maaf telah menipu seluruh warga Pulau Pinang selama bertahun-tahun dengan cerita dongeng pengurangan hutang negeri sebanyak 95% kononya DAP pandai jaga ekonomi negeri.

Jangan tuduh saya main politik dengan projek kesejahteraan warga Pulau Pinang pulak sebab Guan Eng turut membuat serupa dengan projek yang sama selama bertahun-tahun.

Lagipun, cuma perlu dia jujur dan minta maaf sahaja. Susah sangat untuk dia mengaku dan keluarkan satu kenyataan sahaja ke?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157611247045952/

Leave a Reply