Ketika Rakyat penuh terdesak sehingga ramai bunuh diri, page pro-PN Otai…

By Wednesday June 30th, 2021 No Comments

Ketika Rakyat penuh terdesak sehingga ramai bunuh diri, page pro-PN Otai masih nak tipu Rakyat.

Diputar tajuk berita oleh page Otai untuk menyamakan niat saya untuk membantu Rakyat menambah pendapatan dan mengasah kemahiran yang ada pada era pertumbuhan ekonomi penuh mantap pada tahun 2017 dengan niat saya nak bantu Rakyat yang dikurung berbulan-bulan oleh PKP bersambung PKP tanpa pendapatan akibat kegagalan kerajaan PN untuk mendapat pembelaan dan bantuan pada ketika ini.

Tajuk berita diputar belit oleh Otai ini adalah pada tahun 2017. Ini kandungannya sebenar.

Najib Tun Razak berkata selaras dengan Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju, rakyat negara ini mesti memikirkan cara untuk menambah pendapatan dan bukan bergantung sepenuhnya kepada campur tangan kerajaan mengawal pasaran.

Perdana menteri berkata kerajaan akan terus membantu dalam pelbagai cara, namun pada masa sama, rakyat hendaklah berusaha untuk menambah pendapatan dan mengasah kemahiran yang ada.

“Untuk meningkatkan pendapatan, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperoleh dana perniagaan.

“Sebagai contoh, program-program seperti TEKUN, MARA, TERAJU, SUPERB, Program Penjaja 1Malaysia, Tabung Ekonomi Belia, Program Peningkatan Pendapatan dan banyak lagi,” katanya menerusi catatan terbaharu blog beliau hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga telah membantu mendapatkan peluang pekerjaan seperti mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan 1Azam.”

“13 Jan 2017: Fikir cara tambah pendapatan, bukan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan – PM Najib”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fikir-cara-tambah-pendapatan-bukan-bergantung-sepenuhnya-kepada-kerajaan-pm-najib-128830

Tahun 2017 itu amat berbeza dengan sekarang.
– Dividen KWSP 6.9%
– Dividen ASB 8.25%
– Hibab Tabung Haji 6.25%
– Pertumbuhan ekonomi 5.9%

Pada tahun 2017, Bank Dunia kata negara dijangka capai status negara berpendapatan tinggi seawal tahun 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/364290/malaysia-ekonomi-berpendapatan-tinggi-seawal-2020

Kalau kita kaji graf kenaikan gaji yang diberi BNM pun, kita tahu bahawa fokus kerajaan BN masa itu ialah untuk upgrade kemahiran dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi bagi Rakyat sebagai persediaan kita mencapai status negara berpendatapan tinggi.

Kegilaan apa yang membawa kepada page JKOM untuk tuduh saya “Munafik Besar” dengan membandingkan usaha saya meningkatkan pendapatan Rakyat sebagai persediaan untuk capai negara status pendapatan tinggi pada ketika keadaan ekonomi mantap dan terjaga dengan niat saya untuk membantu Rakyat pada ketika ini di mana ramai dah semakin dekat ke jalan buntu akibat kegagalan kerajaan PN?

Link page pro-PN Otai:
https://www.facebook.com/PageOtai/posts/1996740387169151



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157982817915952/

Leave a Reply