Kesimpulan nasihat Ketua Misi dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)…

By Wednesday May 26th, 2021 No Comments

Kesimpulan nasihat Ketua Misi dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia:

Keadaan Covid Malaysia sudah melangkaui garis kritikal dan langkah-langkah drastik dengan adanya perintah pergerakan yang betul-betul berkesan.
—-

TERDAPAT banyak faktor yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia termasuk kemunculan varian yang membimbangkan (VOC), kata Dr Lo Ying-Ru Jacqueline.

Ketua Misi dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura memberitahu The Malaysian Insight kenaikan ini berkaitan dengan perubahan tingkah laku, perubahan sikap dan juga perubahan dalam bertindak balas terhadap risiko dan mengambil risiko.

Keberkesanan PKP ambil masa hampir 3 minggu

Dr Lo berkata, hospital awam dan swasta yang sedang sibuk menjadi petanda bahawa negara ini memerlukan langkah-langkah drastik seperti perintah pergerakan untuk mengawal keadaan.

“Di sinilah kita boleh kata kita sudah melangkaui garis kritikal dan langkah-langkah drastik dengan adanya perintah pergerakan yang betul-betul berkesan,” katanya.

“Ia sangat tidak popular kerana rakyat hilang rezeki mereka tetapi jika ada kematian, harus ada langkah drastik sementara untuk mendapatkan masa melindungi rakyat dari kematian selain hospitsal dan pekerja kesihatan dari dijangkiti,” katanya ketika ditanya apakah ada jalan tengah antara menyelamatkan nyawa dan rezeki.

Keseluruhan sistem penjagaan kesihatan berpotensi runtuh jika lebih banyak pekerja kesihatan dijangkiti, katanya.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/317763



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157912328740952/

Leave a Reply