Kesemua 82 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah diumumkan oleh…

By Tuesday April 19th, 2016 No Comments

Kesemua 82 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah diumumkan oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Saya yakin bahawa mereka yang terpilih adalah calon terbaik dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan aspirasi rakyat sekiranya dipilih.

Saya difahamkan bahawa segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung dengan senarai calon telah pun diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen-komponen parti dan individu-individu dalam parti.

Kerjasama dan kesepakatan amat penting dalam menghadapi pilihan raya dan saya berharap setiap ahli Barisan Nasional di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.

Bersatulah sebagai sepasukan – Team Adenan, Team Barisan Nasional.

Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153461991320952/

Leave a Reply