News_archive

Kesediaan Najib Berbincang Serlah Sifat Pemimpin Berani, Telus

By Monday March 5th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang secara terbuka dengan sesiapa sahaja menunjukkan beliau seorang pemimpin berani dan telus.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan percaya langkah itu bukan bagi meraih populariti, sebaliknya atas kesedaran Najib bahawa ia untuk kebaikan negara secara menyeluruh.

“…mungkin beliau (Najib) boleh bercakap dengan kepimpinan mahasiswa, NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) ataupun wakil pihak swasta untuk mendapatkan input yang baik,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan tabung kebajikan dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kedua Persatuan Jurufoto Media (MPPA) Isnin malam.

Ahmad mengulas entri terbaru Perdana Menteri dalam www.1Malaysia.com.my yang mengumumkan kesediaan beliau untuk berbincang mengenai politik dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran munasabah dan serius tentang masa depan negara.

Pada majlis itu, keluarga jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor menerima sumbangan RM5,000 daripada Nikon.

Sumber : Bernama

Leave a Reply